Friday, October 29, 2010

Blog ku dah sampai 100 pelawat dah..


TAHniah !~!


Ringkasan Penyebab angin masuk

kak wat ringkasan :
angin masuk sbb genetik - kurus dan gen melentik - angin masuk bukan dalam paru2...tp atr 2 selaput yg menutupi paru2...bila angin masuk dlm selaput tu, ia terperangkap so dia jadi kembong menyebabkan paru2 tk dpt mengembang dgn elok..(ruang paru2 jadi kecil) seterusnya menyebabkan sesak nafas...
sblm ni operasi mbuang angin atr 2 selaput tersebut....angin bjaya dikeluarkan tp kemungkinan angin masuk balik adalah tinggi....so operation dibuat utk menampal dinding selaput yg bocor dan mencantumkan 2 selaput agar tiada angin yg terperangkap dlm kedua selaput yg menyebabkan ia kembong seterusnya menyekat paru2 dr mengembang....bila dah cantum, takde ruang utk angin masuk lagi...kalau nk masuk...dia akan masuk ke paru2 sebelah lagi...huhuhu...harap2 tidak berlaku lagi...insya Allah.

hmmm..pehe dok..?

Thursday, October 28, 2010

Operate esok lepas solat jumaat..

Assalamualaikum wbt...

sori ana xdiberi kesempatan untuk update blog.... ats sebab2 tertentu.... antaranya Faktor nak Exam hri jumaat ni.. dan juga mood kuar nak online sebab tenet lembat beberapa hari ni.. huhu ALhamdulillah dapat lah study dgn tenang kalu x habis lah huhuhu....

hari ni genap lah adek ana berada di wad Hospital.... yg terkini di Hospital Serdang....
Hari Khamis jam 1400 spatutnya adeq ana kena jalan kan Operation untuk tampalkan bahagian berlubang (tmpat masuk angin)....
OPeration terbahagi kepada dua OPtion...
1) pembedahan kecil -> tebuk 3 lubang dan masukkan camera dan wire2 robot untul jalan kan operation tampalan pada dinding2 selapuk paru2....
2) Pembedahan Besar -> andaikata pembedahan kecil xdapat dijalan kan dengan lacar.. Option kedua perlu dijalan kan.....
p/s- mari lah kita sama2 doakan dan solat hajat akan keselamatan adeq ana ( AHMAD HAMIDI) ikhwah UIAM Gombak... dan dgn pembedahan kecil dah selesai dan jaui lah pembedahan kedua/pembedahan besar kerna ianya lebih memberi effect yg lebih besar.. Ya ALLAH ya RAHMAN.. hanya kepada Engkau lah Kami Sembah, dan Hanya kepada Engkau lah Kami memohon PERTOLONGAN.. maka tolong lah kami ya ALLAH..... AMEEN...


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

insya ALLAH lepas Exam MicroP ana upload kan Gambar dan hurain perjalan hidup adeq ana di Wad selama setengah bulan (15hari dah)....

Sunday, October 24, 2010

Tips BanGun SuBuh

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.

Sumber daripada : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1025-tips-bangun-subuh.html

Rosmah Mansur , Please apologize to Muslims's Photos - Rosmah Mansur and IFF Insulting Islam



Fakta-fakta yang PERLU anda tahu mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

Previously on Mari umat Islam, BATALKAN penganjuran IFF yg akan diadakan di KL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=480134507188&set=a.480134467188.289379.345034017188&ref=fbx_album

Fakta-fakta ini den sendiri kutip dari ucapan Rosmah Mansur semasa majlis pembukaan Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner dan Fashion Show yg penuh glamer pada 10 Ogos 2010 lalu di Monaco. Gambar di atas diambil dari website Rosmah Mansur : http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223

1] Cuba lihat garis yg telah den garismerahkan tu. Rosmah Mansur (RM) sendiri mengaku bahawa beliau (goli den guno word ni) sendiri mengaku bhw beliaulah penaung IFF.

2] Lihat pula garisan biru. Bukan Putera Monaco tu yg jemput RM tapi RM yg jemput Putera Monaco. Apa maknanya? Ini bermakna IFF memang berasal dari Malaysia dan sengaja diadakan ditempat glamer iaitu Monaco dengan bertujuan menarik perhatian global.

3] Ok sekarang kita terus rujuk pada point-point ucapan RM. Link : http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223

4] Point no. 6 : I believe the IFF has selected the right venue to showcase the Muslim fashion ensemble and we certainly hope that Monaco can help be the gateway to the European market for Islamic inspired fashion from Malaysia.

Apo yg boleh den ulas, fesyen-fesyen separuh bogel versi cop halal JAKIM yg diragakan oleh model-model omputih yg seksi di Monaco memang sah hakcipta terpelihara dari Malaysia. Siap dgn cop SIRIM lagi bai.

5] Point no. 13 : In reality, there are many Muslim fashion designers who get their inspiration from the high fashion world and give it a hijab-friendly twist, successfully blending the two. Their ensembles, nevertheless, still capture the true grace and beauty of a woman without turning her into an object of desire.

Inilah ucapan paling CELAKA yg pernah diucapkan oleh RM. Maksud dari ucapannya kelihatan baik. Kalau Ulama’ Muda UMNO faham English Language, tentu diorg kagum dgn RM. “Masyaallah syeikh, anta lihat nasihat ana sudah didengari oleh RM”. Tetapi realitinya tidak begitu. Malam itu jugak model-model omputih seksi meperagakan pakaian Islam. Pakaian Islam kepalo abah kau! Korang tengok gambar ni : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=478319392188&set=a.478319382188.284735.345034017188&ref=fbx_album

Betul la kata RM tu iaitu tidak menjadikan fesyen pakaian muslimah sebagai penarik hawa nafsu lelaki. Tetapi hakikatnya tidak. Ini kata-kata seorang munafik bai.

6] Malam itu jugak junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dihina dgn penuh glamer di Monaco. Tulisan khat yg tertulis nama Muhammad (tulisan arab/jawi) menjadi corak hiasan di dada seorang model yang seksi. Tulisan arab terbalik lak tu. Ini betul-betul penghinaan yg paling besar yg tak pernah den saksikan secara live dalam seumur hidup den.

Kalau dulu korang bantah iklan Hari Raya TV3 versi Santa Claus/1Malaysia/Freemason krn iklan itu menghina umat Islam dan juga akidah. Tetapi sekarang penghinaan dari IFF di Monaco itu lebih besar lagi. Den dah tak tahu nak cakap apo laie dah. Korang tgk sendiri la gambar ni : http://1.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/TL3laF595EI/AAAAAAAALFc/wIg196PASIw/s1600/40905_162051640486086_100000437524741_396269_2453639_n.jpg

7] Point no. 21 : I would also like to thank the sponsors, Tourism Board of Sarawak and everyone who have worked hard and contributed to the success of the IFF showcase. Not forgetting, the founder of IFF for their initiatives and the wonderful and talented designers who are slowly but surely making waves and impact in the Muslim fashion world.

Peh. RM terus terang bagitahu sapo yg sponsor IFF di Monaco. Banyak betul duit Lembaga Perlancongan Sarawak (LPS) ni bai. Selalu kita sponsor perkara-perkara yg berkaitan dgn kita. Takde pulak den nampak gambar model memperagakan pakaian orang Iban pada malam tu. Model pakai spenda orang Iban pun takdo. Walaupun spenda skrng ni duti free. Oh lupo pulak den. Malam tu khas utk Islamic Fashion Festival versi Syaitan.

Apsal LPS boleh sponsor RM? Den punyo sangko baik, sudah tentu lah Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud nak bodek RM supaya dia kekal memerintah Sarawak sampai mampos. Sepatutnya bodek Najib sebab dia PM tapi Taib Mahmud bodek RM. Heran jugak den.

Tapi mana LPS dapat duit? Dah tentu la dapat dari hasil mahsul negeri Sarawak. Hasil mahsul ini datang dari cukai, balak, minyak dlll. Ia sepatutnya dimanafaatkan utk rakyat negeri Sarawak. Jadi wal hasil balik asal. IFF yg dibuat secara besar-besaran dgn penuh glamer di Monaco pada malam itu sebenarnya menggunakan duit rakyat. Den mmg kesian la dgn rakyat Malaysia ni. Manjang kono tipu. Cubo cakap dgn den, apa untungnya IFF kpd rakyat miskin negara ini?

8] Naluri den kuat mengatakan bahawa kematian wakil rakyat di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sebenarnya adalah rahmat buat kita untuk mengenali lebih dekat siapa dia RM. Lihat mcm mana RM berkuasa meminda tarikh Prk ikut suka.

Walhal, RM tahu kalau Prk dijalankan selepas 4 Nov 2010, semua org akan tahu kewujudan penganjuran IFF di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Jumaat 5 Nov 2010 nanti. Ia bakal dijadikan modal buat Pakatan Rakyat jika Prk dibuat selepas 5 Nov 2010. Cerdik jugak RM ni bai. Tapi syukur, info dan gambar dari Monaco banyak mendedahkan kerja jahat RM.

9] Sekarang apa tindakan kita? Bagi den, amar makruf nahi mungkar. Kalau Konsert Adam Lambert kita boleh turun beratus-ratus orang menunjukkan protes, IFF yg bakal dilakukan bulan depan di KL juga menuntut aksi yg serupa.

Bukan setakat protes, IFF wajib dihalang dari dianjurkan. Ia lebih hina dari zina. RM cuba menggambarkan pada dunia ini lah pakaian Islam. Ia akan menimbulkan fitnah kpd umat Islam 1Dunia. Realitinya, penganjuran IFF bermatlamat menghina agama Islam. Jika tidak, mana datangnya fesyen tulisan khat ‘Muhammad’ di dada model kat Monaco? Korang nak pakaian yg sama diperagakan di KL nanti?

10] Mufti Selangor Ishak Baharom pernah dilucutkan jawatan melalui pengaruh Tun Mahathir kerana menghalang pertandingan Ratu Cantik yg membabit perempuan Islam pada tahun 1997. Itulah harga yg dibayar oleh Mufti Ishak Baharom. Tapi beliau relax sehingga menghembuskan nafasnya yg terakhir dgn tenang. Beliau dikenang rakyat sebagai pembela Islam. Mufti lain?

Jadi den menyeru korang yg kenal mufti-mufti di negeri korang, supaya menyalurkan info tentang IFF yg akan diadakan di KL nanti. Mano tahu diorg pun samo menentang IFF mcm kito.

11] Untuk langkah awal, korang boleh join forces dgn Ostad Tantawi. Untuk info : http://www.malaysiakini.com/news/145956 . Juga menyertai fanpage ini : http://www.facebook.com/pages/Rosmah-Mansur-sila-minta-maaf-pada-umat-islam/163629210328599

12] Den takut RM akan menjadi seperti Dr. Aminah Wadud. Menafsir Islam ikut suka.

13] Korang boleh share dan tag gambar ni tanpa keizinan KBSB.

copyright drpad : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=137359726314638&set=a.137345182982759.40704.137344229649521&ref=fbx_album

PerBezaaN SuRau dAn MasJid

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Para ulama’ telah menetapkan beberapa pengenalan ( takrif ) mengenai hal tersebut sebagaimana berikut ini :

1- MASJID : ialah satu tempat solat tertentu yang bukan menjadi milik orang-perseorangan, ataupun milik sesebuah badan / syarikat, yakni ianya merupakan satu tempat yang sudah pun diwaqafkan untuk dijadikan tempat solat awam.

2- MUSOLLA : ialah satu tempat solat orang ramai , yang tempatnya masih lagi menjadi milik individu ataupun badan tertentu, yakni ianya belum lagi diwaqafkan untuk solat bagi orang-orang awam. “ Musolla “ ini adalah perkataan Arab ( sebagaimana juga perkataan “ MASJID “ ) yang biasanya kita ertikan sebagai : “ Tempat Sembahyang “.

3- SURAU : ialah perkataan berbahsa Melayu. Saudara-saudara kita di sebelah utara Semenanjung Malaysia menggelarnya sebagai “ MANAQSAH “ , dan bagi masyarakat Pantai Timur pula menggelarnya sebagai “ BALASOH “. Surau juga seperti masjid dimana ianya diwaqafkan untuk kegunaan masyarakat awam, tetapi perbezaannya dengan masjid ialah di surau tidak didirikan syiar Solat Jumaat , akan tetapi ianya didirikan di tempat yang digelar sebagai “ MASJID “.

4- MASJID : ianya juga ialah satu nama umum bagi mana-mana tempat yang disitu didirikan solat, samada ianya milik orang perseorangan ataupun sudah diwaqafkan untuk kegunaan awam, ataupun ianya adalah milik sesebuah badan ataupun syarikat mahupun sebaliknya.

Walhal, Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah tidak pula menetapkan sama-sekali apakah yang disebut “ MASJID “ , dan apakah pula “ MUSOLLA “ itu. Oleh sebab itu dalam perkara yang seperti ini perlu kita timbang-timbangkan dan banding-bandingkan dengan keterangan-keterangan di dalam agama kita yang mulia ini .

Marilah kita cuba timbang-timbangkan dan banding-bandingkan dengan keterangan-keterangan daripada Hadist-Hadist Rasulullah s.a.w ;

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda :

( I ) - HADIS PERTAMA :

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : (( قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلَّا الْحَمَّامَ وَالْمَقْبَرَة ))َ

Ertinya : Daripada Abu Said Al-Khudry , beliau berkata : (( “ Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Bumi itu keseluruhannya adalah MASJID , KECUALI kawasan bilik air / tandas dan kawasan perkuburan “ )) ~ Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal rh – didalam musnadnya : Baqi Musnad Al-Muktsirin : 11, 483.


( II ) - HADIS KEDUA :


حديث عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا تَقُولُ: (( .... فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُب .... ))

Ertinya : Hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a : Pernah Rasulullah s.a.w bersabda : “….Maka sesungguhnya aku tidak halalkan masjid bagi wanita yang haidh dan orang-orang yang berjunub “. ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud di dalam Sunanya : Kitab At-Toharah : 201.


PERBINCANGAN MENGENAI HADIS-HADIS DI ATAS :

Di dalam Sirah ( Kisah Perjalanan Hidup ) Rasulullah s.a.w sendiri dinyatakan bahawa, pada awalnya ( asalnya ) rumah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri adalah di sebelah Masjid An-Nabawi di Madinah Al-Munawwarah. Namun, setelah diperluaskan beberapa kali Masjid An-Nabawi itu, maka rumah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri terkena dan termasuk di dalam kawasan Masjid yang mulia itu. Sirah juga membuktikan bahawa Maqam Rasulullah s.a.w itu juga pada awalnya ( asalnya ) adalah bilik Baginda s.a.w, yang mana sekarang maqam itu juga termasuk di dalam kawasan ( ruang dalaman ) bagi Masjid An-Nabawi Asy-Syarif.

Jadi kalau kita berpegang dengan hadis yang menyatakan bahawa seluruh bumi ini adalah MASJID, maka sudah tentu rumah Baginda s.a.w itu juga adalah masjid. Walhal sebenarnya tidak begitu, kerana kalau kita pegang hadis itu secara “ harfiah “ ( keterangan secara zahir ), maka sudah tentu isteri-isteri Baginda s.a.w yang juga merupakan Ibu-Ibu bagi orang-orang Islam yang suci itu kesemuanya TIDAK PATUT berada di dalam rumah baginda s.a.w ketika di dalam keadaan “ tidak suci “ , kerana tatkala itu juga mereka turut berada di dalam Masjid An-Nabawi. Namun realitinya, hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan sirah sendiri tidak pernah ada yang menunjukkan bahawa isteri-isteri Baginda s.a.w yang suci-murni itu meninggalkan rumah Baginda s.a.w ketika mereka didatangi “ waktu tidak suci “ !.


Dan begitulah juga, andainya kita berpegang kepada keumuman hadis yang menjelaskan bahawa seluruh bumi ini adalah masjid , maka sudah tentu akan menyebabkan kesukaran bagi wanita-wanita yang sedang haidh dan juga mereka yang berjunub. Ke mana mereka hendal pergi kerana kesemua bumi ini difahami sebagai “ masjid “ ?. Ini sudah tentu bertentangan dengan tujuan Islam itu diturunkan Allah Ta’ala iaitu bersifat : MEMUDAHKAN . BUKANNYA MENYUKARKAN !.

Oleh kerana itu, tidak boleh kita berpegang dengan keumuman hadis yang menyifatkan bahawa seluruh bumi ini adalah masjid ( kecuali tandas-tandas dan perkuburan ). Yang jelas, yang dimaksudkan dengan masjid adalah sebagaimana di dalam di dalam takrif 1 , dan bukannya sebagaimana di dalam takrif ke-4.


MASALAH WANITA HAID DI DALAM SURAU :

Sebagaimana dijelaskan, perkataan surau tiada di dalam istilah Bahasa Arab. Oleh kerana itu, ianya perlulah difahami menurut ‘uruf ( kebiasaan ) masyarakat kita. Apatalah lagi ‘uruf ini juga merupakan salah-satu daripada sumber-sumber perundangan Islam.

Masyarakat kita biasanya membezakan bahawa MASJID : Ialah satu tempat umum untuk didirikan solat jemaah dan Solat Jumaat . Manakala SURAU pula tidak didirikan di dalamnya Solat Jumaat.

Walaupun begitu , ada juga masjid-masjid kecil ( kebiasaannya di kampung-kampung ) yang sudah tidak lagi mengadakan Solat Jumaat kerana adanya Masjid Besar yang berhampiran dengan beberapa buah kampung itu yang mampu menampung dan menyatukan penduduk beberapa buah kampung berdekatan untuk mengadakan Solat Jumaat di situ. Masjid Besar seperti ini dikenali sebagai : “ MASJID JAMIK “. Digelar sebagai “ JAMIK “ kerana makna asalnya di dalam Bahasa Arab bermaksud : “ Yang Menyatukan “. Digelar juga sebagai “ JAMIK “ kerana di situlah didirikan Solat Jumaat.

Jadi di sini sudah jelas adanya PERBEZAAN DI ANTARA SURAU DENGAN MASJID , dari sudut didirikan Solat Jumaat di dalamnya !.

AKAN TETAPI, Surau pula sama dengan masjid daripada sudut : KEDUA-DUANYA ADALAH DIWAQAFKAN KEPADA MASYARAKAT AWAM UNTUK DIDIRIKAN SOLAT BERJEMAAH.


Merujuk kepada ‘uruf yang berlaku di kalangan masyarakat kita , maka : SEBAHAGIAN BESAR ASHABUS-SAMAHAH MUFTI-MUFTI KITA, TUAN-TUAN GURU KITA, PARA ULAMA’ KITA telah menyatakan :

1 – Wanita-wanita yang haid boleh memasuki surau, tetapi haram memasuki masjid.

2 – Di dalam masjid boleh didirikan solat sunat Tahiyatul-Masjid, tetapi tidak pula di selainnya .


Namun begitu, ada juga di kalangan beberapa ulama’ di Nusantara ini yang membantah kenyataan di atas dengan hujah-hujah :

1 – Bagaimana wanita-wanita yang sedang haidh boleh memasuki surau, tetapi tidak pula ke dalam masjid, walhal surau dan masjid itu kedua-duanya adalah tempat umum yang diwakafkan untuk didirikan solat berjemaah ?.

2 – Jika di dalam masjid kita boleh mendirikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid , maka mengapa pula tidak boleh di surau-surau walhal kedua-duanya itu juga adalah tempat umum yang diwaqafkan untuk didirikan solat berjemah ?.

PANDANGAN SAYA :

Perselisihan pendapat ini berlaku kerana tiadanya satu panduan yang tepat daripada Baginda Rasulullah s.a.w mengenai “ Perbezaan Di Antara Masjid Dengan Surau “ . Lantaran itu semua hukum-hakam yang berkaitan dengan perbezaan di antara kedua-dua tempat sembahyang itu lahir daripada keputusan yang dicedok dan diperbahaskan daripada sudut-sudut tinjauan dan perbahasan di atas.

Menurut pandangan saya : Lebih baik kita berpegang dengan apa yang telah dinyatakan oleh sebahagian besar ( majoriti ) ulama’ mengenai perbezaan di antara Masjid dengan Surau dan hukum-hakam yang berkaitan dengan kedua-duanya kerana , keputusan yang diambil oleh majoriti ulama’ LEBIH HAMPIR KEPADA KEBENARAN DAN LEBIH SELAMAT DARIPADA KESILAPAN berbanding dengan keputusan sebahagian kecil ( minoriti ) para ulama’.

Kita juga menasihatkan agar masyarakat awam tidak masuk campur di dalam perkara-perkara khilafiyah ( yang diperselisihkan ) di kalangan ulama’ memandangkan mereka tidak mempunyai kemampuan ilmu untuk memahami setiap hujah dan sudut pandangan para ulama’ yang berselisih pendapat itu.

Kita juga bimbang, andainya masyarakat awam yang tidak mempunyai kemampuan ilmu yang kental ini “ cuba-cuba “ masuk ke dalam “ arus-perbincangan “ dan “ titik-perselisihan “ di kalangan ulama’ ini, mereka pula yang akan menjadi “ pening “ dan “ bingung “ yang akhirnya mereka akan mula mencemuh ulama’ itu dan ulama’ ini, ataupun mereka sendiri akan dipermainkan oleh Golongan Yahudi dan Kristian yang suka melihat umat Islam ini “ tenggelam “ di dalam “ perkara-perkara khilafiyah seperti ini “.

Akhir kata, saya lebih cenderung andainya saudari yang bertanya berpegang dengan apa yang telah diputuskan oleh golongan majoriti ulama’ di atas !.

SILA RUJUK JAWAPAN AL-FADHIL USTAZ THTL DI DALAM SJ – 1381 :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5910&Forum=All_Forums&Words=surau%20&Match=Entire%20Phrase&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=5909&Search=true#Post5910




Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

petikan dari : http://qasoaljawabpelbagai.blogspot.com/2008/12/apakah-beza-antara-surau-dengan-masjid.html

Friday, October 22, 2010

Meaning OF FaceBookAholic

1. when wakes up,whenever has a free period, gets home from school, after dinner, inbetween homework, before going ot bed, checks their facebook 2. when 300 friends seems too few 3. when 50% of your friends you havent seen in a year, and another 25% you've never met ever 4. when you are a member of over 30 groups and constantly check to see if anyone has made a new one 5. when you look at the clock and see that you have spent 4 hours looking at peoples facebook profiles 6. when you check the clock again, and youve spent another 2 hours after that "just finishing up" 7. when you talk to someone who doesnt like facebook, you are shocked, appalled and imidiatly begin to try to convert them 8. when you see someone you havent seen in a long time, but deside just to check their facebook to find out anything going on with them 9. when you finish your homework at 10, but dont go to bed till 2 10. when you are a member of a club called "facebook addicts," "facebookaholics," "facebookers anonymous," or some variation
person 1: are you ok? you look like your about to fall asleep, you have blisters on your fingers and your eyes are all bloodshot.
person 2: yeah... i just didnt get alot of sleep last night.
person 1: alot of homework?
person 2: nahhh, just me being a facebookaholic

~facebo0okaholic~

~ wahai faceb0ook ~
Already slowdown activate facebook.. semoga konsisten dan berpanjangan.. hindari maksiat,, hindari umpatan.. hindari pengeluaran katakata sumbang dari mulut sendiri bila melihat profile sahabatsahabat.. hindari gelengan kepala sendiri bila merekamereka jahil agama, bila melihat perubahan terbalik diri mereka , bila kealpaan diri mendatang, bila mereka menyatakan dan mengaksikan cinta pada cintacinta mereka, hindari cucian mata dengan pics yang entah apeape, bila kebaikan mereka dinaikkan, bila kejahatan mereka diperkatakan, hindari mata dari melihat segala macam postpost dan postpost cintacinta yang dipostkan sahabatsahabat yang lari dari maknanya, hindari segala pesananpesanan yang melalikan diri, hindari diri dari menimbulkan fitnah, hindari segala macam kejahatan.. mungkin facebook bukan caraku bernasihat..tidak mampu.. Astaghfirullah al-Azim..think about the future.. huhuhuahuahua..moga tiada lagi mulut sendiri berkata buruk, moga tiada lagi diri bersangka buruk, kurangkan masa berfacebook, tingkatkan masa dengan surat cinta Allah, tambahkan masa menghafal juz Amma, tambahkan masa bersama bukubuku islami, banyakkan masa bersama keluarga tersayang..moga ia berpanjangan..amin..
facebookaholic --> dauraholic, usraholic, bookaholic,,ukhwaholic, hee (^__^)v

facebookaholic --> blogaholic (^__^)v


“umatku ini dalam keadaan yang baik, kecuali merekamereka yang meng'iklan'kan kemaksiatan mereka”

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Bahkan Allah SWT telah menetapkan dua orang malaikat Raqib dan 'Atid bagi memantau dan mencatat setiap masa yang kita lalui dan amal yang kita perbuat baik secara terang atau secara tersembunyi hatta di dalam hati dan fikiran kita sekalipun. Kesemuanya itu akan ditanya oleh Allah SWT dan akan dinilai di hadapan para Anbiyak dan sekelian Mukminin.


Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, ke jalan yang diredhaiMu..


~ refinement of soul need to be done ~

Thursday, October 21, 2010

Peristiwa adeq ku di HKL

Assalamualaikum.... sori lambat post ... ana baru ada kesempatan untuk berblog.....
nak dipendekkan cerita baru2 ni adeq ana dimasukkan ke HKL disebab kan angin masuk ke dalam Paru2.. mcm mana ?? angin berada diantara Kulit pary2 dan paru2 ini menyebabkan paru2 nya menjadi kecut dan susah untuk berkembang bila nafas ditarik.... beliau ke Klinik bila terasa sakit dibahagian dada kanan dan terasa susah dan teramat susah untuk bernafas... (mcm xdapat nam menafas)....
Hari Kedua (Jumaat 15/10)

Hari Kedua (Jumaat 15/10/10)

Hari KeLima (Isnin 18/10/10)

Hari Keenam (Selasa 19/10/10)
-Aura kedatangan ana memberi ketenangan kepada nya =)
ana br sampai dr penang




Hari Keenam (Selasa 19/10/10)

-ikhwah2 dari UIA Gombak

APa2 pon ni pengalaman 1st time adeq ana dimasukkan ke Hospital.....

20/10/10 - sebelum ana berangkat ke Penang berita terakhir adeq lah adek ana kerna berpindah wad dan perlu xTray bahagian jantun kot2 ada efect pada bahagian jantung...

sama2 lah kita doakan AHMAD HAMIDI BIN HUSAIN cepat sembuh dan dirahmati ALLAH...

moga2 gugur lah dosa2 kecil semasa dalam kesakitan.... amin...

Wednesday, October 20, 2010

Kedatangan Akhi Munawwah dari KL ke Baitul Ikhwah











Assalamualaikum,,..

pukul 4pg ana Call berkali2 pada no Maxis dan Celcom akhi Munawwar tapi xangkat.... sampai lah.....
tepat pada pkul 4.35pagi berdering lah Hp ana hasil dripada pangilan Akhi Munawwar....


" Assalamualaikum... ana dah sampai dah " kata munawwar.... " okey nanti kami datang" kata ana yg hensem dalam keadaan gembira =)


setelah kami bersiap2 maka mula lah rombongan motor menyambut saudara seperjuangan kami .... 4 buah moto yang diketui ana ... ana bersama akhi Hafiz B., Akhi Izad bersam Akhi Akhtar, Akhi Qamarul dan Akhi Syihab masing2 naik moto masing2.....


Setiba nya di Jeti ... terkejut perut si Akhi Munawwar kerna tak disangka kedatangan nya disambut begitu rupa sekali.... huhuhuhu..... Ana membongceng Akhi Munawwar dan akhi Hafiz B bersama dgn Akhi Syihab.....


Bermolah lah sekali lg rombongan ke kedai makan untk sarapan planing kat Nashmir last2 kat kedai Pelita kew dekat sikit dan inya juga lalu balik ke rmah.....


Maka bersarapan lah kami disitu..... kesian kat akhi Munawwar databg2 jew dah kena puase huhuhu... sabor jew lah.. memang amalan kami setiap hari Isnin dan Khamis kami akn berpuase....


Selepas bersarapan kami terus ke Surau KG Belah Dua untuk solat SUbuh berjemaah di RUmah ALLAH..... mengikuti apa yg NAbi kita ajar... jadikan amalan.....


Akhi Munawwar menetap dibaitul Ikhwah selama 2hari 1mlm... keesokan tghr Akhi Munawwar pulang ke KL bersama2 ana.. kerana ana ingin melawat adik ana yg terlantar di Hospital sbab masalah angin dalam paru2.... bas kami pukul 12.30tghr....


wassalam... syukur pada ilahi kerna semua nya selamat.... <3

Sunday, October 17, 2010

Merentasi Laluan Mavi Marmara


Salam Perjuangan,

"Wahai orang2 yg beriman inginkah kamu aku tunjukan suatu perniagaan yg dpt menyelematkan kamu dari azab yg pedih yaitu berimanlah kamu kpd Allah dan RasulNYA dn berjihadlah kamu dijalan ALLAH dengan harta dan jiwa kamu.Itulah yg lebih baik bg kamu jika kamu mengetahui".( surah 61 ayat 10)

Ayat surah AsSaff ini kita selalu membacanya ia menyentuh perasaan dn pemikiran kita tentang sejauhmana komitmen dan apa yg telah disumbangkan untuk menyahut seruan jihad. Lebih-lebih lagi pada ketika ini semasa rombongan konvoi kemanusiaan ke Gaza VP-5 sedang menunggu detik dan ketika ke Gaza. Tempat dan laluan kapal 'MAVI MARMARA' semasa diserang komando yahudi akan kami tempuhi. Ada yg ingin menaburkan bunga. Seramai 35 orang sukarelawan kapal MM mengikuti Konvoi VP-5. Ingatan mereka masih segar apa yg telah berlaku dalam insiden itu. Jiwa mereka tidak gentar untuk memasuki Gaza kali ini dan mereka sanggup menghadapi apa saja kemungkinan - begitu juga kami. Kami dinyatakan serangan komando yahudi tidak akan berlaku kali ini sebab mereka telah mendapat malu besar apabila mengganas diatas kapal MM sehingga 9 nyawa terkorban.

Rejim Yahudi kini memiliki satu entiti yaitu "Pengganas Antarabangsa" Apa pula rancangan mereka kali ini? Wallahu'alam. wamakaru wamakarallah wallahu'alal makirin.

wassalamu'alaikm ww.

abdul wahab yahya
Sukarelawan A2G

Wednesday, October 13, 2010

umbangan diperlukan

Sumbangan diperlukan untuk membina " Pusat Tarbiyyah Islamiyah Almuhsinin" di Kampung Tengkawang ....

Sumbangan Boleh lah disalurkan ke dalam Akaun Maybank : 563037014824
atas nama PUSAT TARBIYAH ISLAM

sama2 lah kita menjayakan niat murni ini.....

"org yg bersedekah ibarat sungai yang mengalir"


jom hayati lagu HIJAU

Sunday, October 10, 2010

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?

Rab, 29 Sep 2010 21:18 | Im Koyube | Editor: kasihsayang
PDF
alt
5069Share

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

Saturday, October 9, 2010

izinkan aku mencintaiMu semampuku


Tuhanku...
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustaz ku resapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada
Lalu ku tanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan pada idealisme yang mengawang di awan

Tapi...
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan, dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama
Tapi...
Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku menglayang tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang kegelapan

Wahai Ilahi...
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan, dan tahun berlalu
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali
Menatap, memohon, dan merayuMu
"Allahu Rahim, Ilahi Rabbi...
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku
Allahu Rahman, Ilahi Rabbi...
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku"

Ilahi...
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayub, Musa, Isa hingga Al-Mustafa
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku

Rabbi...
Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad
Atau Usman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan addinMu
Atau seperti Ali yang hebat semangat kepahlawanannya

Maka Ya Allah...
Izinkan aku mencintaiMu
Melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan
Pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi-tepi jambatan
Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan

Ilahi...
Aku tak mampu mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terjunam di kakinya

Kerana itu Ya Allah...
Perkenankanlah aku bertatih menggapai cintaMu
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia

Rabbi...
Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat solat sunatku
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku

Ya Rahman...
Aku tak mampu mencintaiMu
Bagai para al-hafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam
Dari itu...
Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat-dua ayat hafalanku

Allahu Rahim...
Aku tak mampu mencintaiMu semisal Sumayyah
Yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya addinMu
Seandai para syuhada yang menjual dirinya dalam jihad
Maka perkenankanlah aku mencintaiMu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru

Allahu Karim...
Aku tak mampu mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujahnya
Dan patuh mengorbankan pemuda penyejuk matanya
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Di dalam segalanya ...

"Izinkan aku mencintaiMu semampuku..."