Monday, December 20, 2010

ada Dosa yang lebih Teruk dari Penzina..

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
"Saya ......telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

-Nisbah Dosa meninggalkan Solat dengan sengaja-

1. Solat Subuh :- ia akan diseksa selama 60tahun di dalam neraka ( bersamaan 60,000 tahun dunia)

2. Solat Zuhur :- Dosanya seperti membunuh 1,000 jiwa orang islam.

3. Solat Asar :- Dosanya seperti ia meruntuhkan kaabah.

4. Solat Maghrib :- Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bg lelaki) atau dgn ayahnya (bg perempuan).

5. Solat Isyak :- Allah tidak akan redha ia hdup di bumi Nya ini dan digesa agar ia mencari bumi lain.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Sunday, December 5, 2010

hye jari jemari ni sudah berat....

salam ukhuwwah fillah sahabat2 ku sekalian... maaf lah saya lama tak up date blog...
almaklum lah banyak nak yg di update tp ...... jari2 ni susah sangat nak taip....
idea ade... banyak gak nk letak dalam enteri... tp........ saya kekurangan idea2 untuk menhuraikan isi2 idea yg ade... bab2 bahasa ni saya kureng sikit... masa skolah pon bahasa2 ni heheheh.... slow sikit.... org enginer lah dikatakan..... hahahahha.......

maaf lah yea.. ti kalu senang saya update lah ea....

kenapa lah susah sangat nak keluar karangan yg bernas2 ni... sape boleh tolong sya...... tolong lah saya

Tuesday, November 16, 2010

Engkau tahan, atau terus ke tandas?

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera hendaknya,
buat para Muslim dan Muslimat sekalian.


"Aku ada exam la hari ni!"
Itulah kata-kata yang akan terpancur keluar,
dari kebanyakan para penuntut,
mahasiswa mahasiswi,
juga pelajar sekolah,
dan seumpama mereka.

------------------

Bila hati ini tidak pernah dididik,
untuk merindui satu perkara,
maka begitu senang kita meninggalkannya.

Siapa yang mampu menahan makan 1 hari penuh?
Di kala hari itu ialah hari peperiksaan.

Siapa sanggup tidak tidur 24 jam?
Di kala hari itu ialah hari ujian akhir.

Siapa sanggup untuk melepaskan buku 1 hari penuh?
Jika hari esok ialah hari penentuan 'Graduasi' mereka.

aku fikir,
tiada yang mampu.
Jika ada,
cubalah bagitau.
Jujur atau tidak,
itu urusan kamu dengan Allah.

-------------------------


Satu soalan lagi:
Siapa mampu meninggal solat Subuh berjema'ah?
Pada hari examination mereka.

Anda mampu?
Cukuplah kamu menepuk dada kamu.
Bak kata-kata orang,
tepuk dada,
tanya Iman.

-------------------

Ada satu cerita,
hendak dengar?
p/s: sila kuatkan volume system anda.
Kalau masih tidak dengar,
baca pun dah OK kot.

---
Ada seorang pelajar,
yang kuat sangat beribadah.
Sehinggalah suatu hari,
tibalah hari kebesaran bagi segenap pelajar,
iaitu PEPERIKSAAN.

Maka si pelajar ini,
memberikan lebih tumpuan kepada akedemiknya,
lebih-lebih lagi,
ini adalah tahun akhir baginya,
siapa mahu mengulang tahun.

Penumpuan ini telah mengubah sedikit sebanyak kehidupannya,
dia lebih suka terperap dalam bilik,
untuk mendapat suasana pembelajaraan yang kondusif baginya.

Sehinggakan,
amalan-amalan semakin berkurangan,
bukan sengaja,
tetapi kerana tidak tersedar,
disebabkan segulung ijazah yang dinanti-nantikan.

Kebetulan yang sama,
si pelajar ini mempunyai seorang teman,
yang amat mengambil berat tentang amal ibadahnya.

Temannya melihat pelajar tadi,
semakin hari semakin sibuk dengan studinya,
sehingga tilawah Al-Qur'an semakin berkurang,
sehingga Qiamullail boleh dibilang dengan jari,
sehingga Sunat Rawatib diketepikan.
Itu belum dilihat pada Dhuhanya,
juga pada puasa serta bacaan Ma'tsurat,
dan amalan-amalan sunat yang lain.

Temannya kasihan melihat perubahan pada dirinya,
maka dia bertekad,
untuk menasihati kawannya yang satu ini.

Setelah berfikir panjang,
dia mendekati sahabat yang dikasihinya itu,
"Teman, kuat studi nampak."
Dia membuka bicara.

"Paper aku dua tiga hari lagi."
Jawabnya ringkas sambil memegang nota di tangan.

"Boleh aku tanya sikit tak?"
Temannya memulakan rancangannya,
dengan penuh tertib,
dan adab.

"Erm? Ada apa?"
Dia sedikit kehairan,
mendengar pertanyaan sedemikian.

"Aku lihat kau sekarang dah jarang ke masjid. Solat Subuh berjemaah."
Temannya bertanya jujur,
tanpa sebarang selindung,
mengetahui sahabatnya itu,
seorang yang berlapang dada.

"InsyaAllah. Lepas exam aku pergilah solat kat masjid kembali. Kau jangan risau."
Dia menjawab tenang,
sambil mengukir senyuman di bibirnya.
Sejuk mata memandang.

"Aku tanya satu soalan lagi boleh?"
Temannya berbahasa lembut,
takut mengganggu masa belajar kawannya.

"Teruskanlah sahabatku."
Dia mengizinkan.

"Kalau kau rasa nak buang air, engkau tahan ke, atau kau terus ke tandas?"
Tanya temannya,
dengan nada bersungguh-sungguh.

"Kau ni, tanya soalan pelik-pelik. Mestilah aku ke tandas dulu. Bereskan apa yang patut. Nanti tak khusyuk pula nak belajar. Kau mampu ke tahan satu hari tak ke tandas?"
Jawabnya panjang,
sambil menanya kembali,
dengan nada seloroh.

Temannya tersenyum,
mendengar jawapan darinya.

"Kenapa kau senyum?"
Tanya si pelajar itu kembali,
sambil mengangkat kening,
tanda kehairanan.

"Saudaraku yang aku kasihi, ketahuilah engkau telah mengutamakan tandas melebihi panggilan Tuhanmu. Ketahuilah, bagimu tandas itu lebih bermanfaat berbanding masjid."

---------------

Cerita ini diadaptasi dari satu artikel,
ini link asal.

Tetapi,
ingin aku mengubah sedikit cerita ini,
agar sesuai dengan perbincangan kita.

---------------


Ikhwah wa akhawat fillah.

Sejauh mana antum meletakkan masjid dalam hati antum?
Yang mana antum lebih utamakan,
solat Subuh berjemaah,
atau kertas peperiksaan?

Adakah waktu peperiksaan antum,
satu waktu dengan solat Subuh?

Di mana antum meletakkan solat berjemaah di masjid,
dalam jiwa antum?

Ketahuilah Firman Allah:
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
(At-Taubah, 9: Ayat 18)

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH

Solat Sunat Rawatib


Oct 28, 2010


Adapun solat sunat Rawatib adalah solat sunat muakkad, iaitu solat yg sgt2 dituntut dlm Islam. Solat ini adalah solat yg dilakukan utk mengiringi solat fardhu, samada dilakukan sebelum atau selepasnya.

Berikut adalah solat2 Rawatib yang dianggap sunat muaakad oleh ulama' Fekah atas sbb Nabi SAW melakukan dan juga mengekalinya.
  1. 2 rakaat sebelum solat subuh. Nabi SAW bersabda, maksudnya, "tiada satu pun solat sunat yg lebih dijaga oleh baginda melainkan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh".
  2. 2 rakaat sebelum solat zuhur
  3. 2 rakaat selepas solat asar
  4. 2 rakaat selepas maghrib
  5. 2 rakaat selepas isyak
Jumlah solat sunat rawatib yg sunat muakkad ialah 10 rakaat.

Adapun solat Rawatib yang tidak dianggap muakkad ialah:
  1. 2 rakaat sebelum zuhur (ertinya 2 rakaat adalah sunat muakkad, 2 lagi tidak muakkad)
  2. 2 rakaat selepas zuhur (ertinya 2 rakaat adalah sunat muakkad, 2 lagi tidak muakkad)
  3. 4 rakaat sebelum asar
  4. 2 rakaat sebelum maghrib
  5. 2 rakaat sebelum isyak
Dari Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda, " Allah merahmati org yg solat sunat 4 rakaat sebelum solat asar".

Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

"Rasulullah SAW bersabda," Sesiapa yg solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mgharamkan jasadnya dari api neraka." Hadith Riwayat At-tabrani
Disebabkan ganjaran pahal yg sgt besar ini, ulama' tasawuf mengkategorikan solat ini ke dalam kategori solat sunat muakkad. ini berkhilaf dgn ulama'2 fikah, yg mngatakan ini bukan solat sunat muakkad disebabkan Nabi SAW tidak mengekalinya (tidak beristiqamah mengerjakannya).


Tidak ada solat sunat selepas subuh dan asar. Juga dilarang solat sunat pada waktu matahari naik, tegak dikepala (kecuali hari Jumaat) dan gelincir matahari


Sunat Rawatib Qabliyah yg dilakukan sebelum solat fardhu sebenarnya boleh dikerjakan selepas solat fardhu, asalkan waktu solat itu masih belum berakhir. contohnya, sekiranya seseorg itu tidak sempat bersolat sunat rawatib kerana sudah iqamah, maka dia boleh mngerjakan solat itu slpas solat fardhu dikerjakan. kerana waktu bagi solat sunat qabliyah tidak berakhir dgn selesainya solat fardhu dikerjakan. tetapi seafdalnya dikerjakan sebelum solat fardhu.

Tiada solat sunat selepas subuh dan juga asar. Juga dilarang solat sunat pada waktu matahari tegak dikepala (kecuali hari Jumaat) kerana ketika ini dikatakan matahari itu berada di antara tanduk2 syaitan.

Taqaballahu minna wa minkum.

Monday, November 15, 2010

TGNA ketanah Suci bersama dgn Sultan Kelantan

Nuffnang Ads
Iklan@MiLo SuaM
MEMBELI EMAS DAN SURAT PAJAK GADAI DENGAN HARGA TERTINGGI DI MALAYSIA! HUBUNGI: YUSUF 0123358944
Anda ada sebarang info untuk disiarkan di blog ini? Sila email ke share.milosuam@gmail.com
Nov12,2010

Gambar Tuan Guru Nik Aziz di Tanah suci

Kongsi112
Gambar Tuan Guru Nik Aziz di Tanah Suci Mekah. Untuk makluman semua, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, telah berangkat ke tanah suci bersama-sama dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V menunaikan ibadah Haji.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sultan Muhammad Ke-V dan Tuan Guru dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November nanti.

Semoga Tuan Guru dan Sultan Kelantan beserta semua rombongan memperoleh Haji yang Mabrur. Sama-sama kita doakan mereka selamat pergi dan selamat pulang serta disertakan dengan kesihatan yang baik.











Nuffnang Ads

Sumber gambar : PriaMalaya

ReJaM©

4 comments:

Anonymous | November 12, 2010 5:19 AM

semoga Tok Guru sentiasa sihat dalam menunaikan ibadat..ameen

cerkLeng | November 12, 2010 5:36 AM

patot la mcm xramai org jer dkt medan ceramah tok guru pagi tadi.baru teringat rupa rupanya tok guru pegi buat haji.

hajitarmizi | November 13, 2010 11:00 PM

Allahmudillah, semoga mendapat haji mabrur.Amin3

JAKA | November 14, 2010 7:59 PM

Ada sesama umngok nak tuduh TGNA terima rasuah pergi haji daripada Sultan ke?

Bila pula nk tgk YDP Agung diiringi Najib ke Mekah...opps tidak ketinggalan juga wanita pertama/permata yg tidak boleh ditinggalkan sendirian itu.

Amin.



Source: Gambar Tuan Guru Nik Aziz di Tanah suci - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/11/gambar-tuan-guru-nik-aziz-di-tanah-suci.html#ixzz15PwqZj3p

Pendidikan SEKs untukn Kanak2 6Tahun

Iklan@MiLo SuaM
MEMBELI EMAS DAN SURAT PAJAK GADAI DENGAN HARGA TERTINGGI DI MALAYSIA! HUBUNGI: YUSUF 0123358944
Anda ada sebarang info untuk disiarkan di blog ini? Sila email ke share.milosuam@gmail.com
Nov15,2010

Pendidikan Seks untuk kanak-kanak 6 tahun?

Kongsi325
The China Post melaporkan bahawa Kerajaan Malaysia akan melaksanakan Pendidikan Seks untuk kanak-kanak semuda umur enam tahun dengan alasan untuk mengurangkan aktiviti pembuangan bayi bermula tahun hadapan.

Pelik tapi benar, kanak-kanak di usia muda lagi akan diberikan pendedahan tentang seks. Adakah perlaksanaan ini akan mengelakkan gejala seks, atau mewujudkan budaya seks selamat? (Seks tanpa mengandung).

Perkara pokok yang harus ditekankan ialah menegah zina bukan mendedahkan bagaimana melakukan zina. Tahniah kerana membantu Yahudi di dalam memberikan pendedahan seks kepada kanak-kanak!

Selama ini yahudi bersusah payah menyelitkan elemen seks di dalam kartun-kartun, seperti adengan kain snow white terselak, putera raja mencium mulut gadis pujaannya, dan sebagainya untuk menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak terhadap seks.

Seterusnya yahudi menghidangkan hiburan seks kepada remaja bagi merosakkan minda remaja Islam. Inilah cara yahudi menyusup di dalam minda umat Islam hari ini tanpa disedari.

Namun hari ini, kerajaan Malaysia nampaknya membantu Yahudi menyebarkan agenda mereka kepada umat Islam!

Nuffnang Ads

Sumber berita: China Post
ReJaM© "Yahudi kata terima kasih!"


Source: Pendidikan Seks untuk kanak-kanak 6 tahun? - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/11/pendidikan-seks-untuk-kanak-kanak-6.html#ixzz15PuiDFwA

Monday, November 8, 2010

Jika Engkau sOrang waNita

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.